Kaedah:
Ramuan:
Beras, kunyit, limau nipis, putih telur dan air suam.
Blog ini menjadi ruang kepada saya berkongsi pengalaman dengan guru-guru tidak kira di mana sahaja mereka berada
Posted by Teacher Rahila at 5:29 AM 23 comments
Posted by Teacher Rahila at 8:13 PM 14 comments
Posted by Teacher Rahila at 7:24 AM 10 comments
Lebihkan beramal daripada berbual
Lebihkan membina daripada menghina
Lebihkan membentuk daripada mengutuk
Lebihkan bertoleransi daripada berkonfrantasi
Lebihkan mendidik daripada mengherdik
Cenderung berubah sikap daripada banyak bercakap
Lebih berwatak Dai' daripada berwatak mufti
Posted by Teacher Rahila at 3:55 PM 10 comments
Baru-baru kami sekeluarga seramai 9 orang (termasuk pembantu rumah) pergi bercuti ke Pulau Pangkor dan Taiping. Memandangkan awal tahun hadapan memerlukan perbelanjaan persekolahan yang besar, maka kami cuba mengurangkan perbelanjaan untuk percutian kali ini. Di Pulau Pangkor kami menyewa tiga buah bilik (berhawa dingin) di sebuah resort bernama Palma, Teluk Nipah. Resort ini amat selesa dihuni oleh 3-4 orang dalam sebilik. Harga yang dikenakan untuk tiga bilik yang kami sewa ialah RM380 (selepas diskaun) untuk dua (2) malam. Bagi kami, bilik seumpama ini amat berpatutan kerana percutian keluarga sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti bersama keluarga serta makan dan minum. Tempat tinggal adalah perkara kedua. Semasa di Pulau Pangkor, kami sempat membuat pelbagai aktiviti seperti snorkling, island hopping, sukan air (berkayak, jet ski dan banana ride) serta jungle tracking. Kami sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah seperti Batu Bersurat dan Kota Belanda.
Nota: Bagi guru-guru yang ingin membawa murid-murid bercuti, anda boleh mendapatkan pakej istimewa untuk pelajar di Nipah Mas dengan disediakan tempat tinggal, makan minum dan pelbagai aktiviti riadah (No telefon: 017-5602849).
Di Taiping pula, kami menginap di sebuah rumah percutian (homestay) di Bandar Kamunting yang lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain. Rumah ini mengandungi tiga bilik (termasuk ruang tamu) dengan bilik utama berhawa dingin. Harga sewaannya pula amat berpatutan, iaitu RM60 semalam. Di sini kami menginap selama dua (2) malam. Banyak aktiviti pelancong terdapat di sini seperti kawasan perangin Bukit Larut, Zoo dan "Night Safari" dan Bukit Merah Laketown (hanya 15 minit perjalanan).
Saya sangat berpuas hati dengan percutian keluarga pada kali ini meskipun tidak tinggal di hotel mewah. Lebih penting daripada itu, masa berkualiti bersama keluarga dapat dimanfaatkan sepenuhnya selama empat (4) hari dengan bajet keseluruhan yang begitu rendah sekali.
Sesiapa yang masih belum bercuti bersama keluarga masa masih ada untuk berbuat demikian dan anda boleh mengikut jejak kami...
Posted by Teacher Rahila at 5:33 AM 10 comments

Posted by Teacher Rahila at 7:39 AM 13 comments
Doa ini diajar oleh kakak saya Siti Hajar Mohd Yasin ketika kami terperangkap dalam hujan lebat semasa perkahwinan anak saudara kami.
Doanya berbunyi:
Posted by Teacher Rahila at 3:30 AM 9 comments
Sebiji epal hijau dikisar dengan kulit sekali bersama-sama segelas air. Sebelum dikisar, epal tersebut hanya dibuang empulur (bahagian keras dalam buah epal) dan bijinya. Minum air epal yang bersari ini setiap pagi, selepas sarapan pagi (kudapan) dan malam, sebelum tidur.Posted by Teacher Rahila at 3:17 PM 6 comments
Cuci beras bersama kunyit dan dikisar bersama limau nipis dan putih telur. Kemudian sapukan ramuan tersebut ke muka anda dengan rata. Setelah pasti sapuan kering sepenuhnya, bilas muka dengan air suam.Posted by Teacher Rahila at 5:59 PM 0 comments
Doktor percaya beliau mengalami masalah dikenali sebagai sindrom cushing yang berpunca daripada masalah pada kelenjar badan.
Namun, setakat ini hasil ujian darahnya tidak menunjukkan tanda kehadiran dua hormon berlebihan yang lazimnya menjadi petunjuk jelas sindrom berkenaan.
Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu akhirnya mengakui menggunakan sejenis krim pemutih kulit sejak tujuh tahun lalu yang dibeli di sebuah kedai yang tiada kebenaran menjual produk itu.
Krim itu dikesan mengandungi steroid clobetasol - bahan yang lazimnya digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.
Mangsa menggunakan dua tiub seberat 60 gram setiap satu setiap minggu.
Berikutan itu, pakar perubatan Hospital Hammersmith, London, menggesa pegawai perubatan supaya membuat amaran berhubung risiko bahaya krim pemutih kulit.
Posted by Teacher Rahila at 6:35 PM 5 comments