CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 20, 2009

Petua Menghilangkan Bau Badan

Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang kawan 15 tahun yang lalu. Menurut beliau, di kampungnya di Indonesia ada seorang wanita diceraikan suami akibat bau badan yang tidak menyenangkan. Sehingga jika beliau berada di dalam sesebuah bilik, bau badannya memenuhi ruangan bilik tersebut. Alhamdulillah, setelah mengamalkan petua ini, beliau dapat bergaul seperti biasa dan bertemu jodoh kembali.


Kaedah:
Lima helai daun sirih direbus dalam lima gelas air sehingga kuantiti air itu menjadi lebih kurang tiga gelas. Minum air tersebut dalam anggaran tiga suku cawan sebanyak tiga kali sehari sehingga hilang bau badan, Insya-Allah.

Selain itu, petua ini juga boleh diamalkan untuk menjarangkan anak bagi orang perempuan, iaitu dengan cara meminum air rebusan sirih ini tiga hari sebelum datang bulan. Dengan meminum air sirih ini, ia juga boleh membersihkan kotoran dalam rahim.
Rebusan air sirih ini juga boleh digunakan untuk mencuci alat feminin (faham-fahamlah ye).

10 comments:

Erna said...

salam teacher...petua ni bagus..masaalah nya nak cari daun sirih la....bolih cuba untuk anak ni...walaupun tak la terok sangat baunya...budak lelaki ni tau la kan...kalau dok rumah kurang sikit..kalau dah bersekolah satu hari..baunya...adui ...

Werdah said...

Salam Rahila

Memang banyak kegunaannya, selalu juga digunakan untuk bayi lelaki bagi mengelakkan pasang

azieazah said...

Terimakasih RAHILA..

berkongsi-kongsi petua. Saya pernah juga dengar, tetapi untuk amalkan agak payah, sebb susah nak dapatkan daun sireh di sini. Kecuali kena pegi kawasan jualan orang India (or Chowkit).

Pasni kongsi ler lagi petua yerrr...

ALRIS said...

Assalamualaikum ww,
salam teacher...Ini kunjungan pertama saya. Kalau berkunjung ke blog abang Samsudin saya sudah beberapa kali berkunjung. Salam

a kl citizen said...

assalammualaikum rahila

bagus blog rahila, banyak petua yang dapat dikongsi.

ZaHusNa Collections said...

hehe..kat rumah punya lah subur pokok sireh kita... dah ramai yg singgah memetik daunnya...rupanya bila makin ramai yg singgah petik daun dia makin lebat tumbuhnya....

abu muaz said...

t.kasih.

LanaBulu said...

maklumat yg baik nih..

Anonymous said...

sis,sila join Alumni SM Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang at facebook.

Masyitah said...

Salam teacher rahila
petua yang menarik ni.dulu ada pelajar saya,tingkatan 1 yang diejek dan disisih rakan kerana bau badannya yang kuat.kasihan dengannya.
saya tak tahu pula petua daun sireh ini.terima kasih ya