CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 12, 2009

Petua untuk Orang Perempuan Sahaja...

Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang nenek urut semasa saya menuntut di ITM, Shah Alam, tahun 1986 akibat terjatuh dari tangga di dewan makan Cempaka. Petua yang sama diulang oleh nenek berkenaan semasa mengurut saya selepas melahirkan anak sulung pada tahun 1988. Petua ini saya amalkan sehingga ke hari ini.

Petuanya ialah:
Duduk dengan tumit kanan dihimpit oleh tulang punggung kaki kiri dan naikkan kaki kiri ke atas peha kanan. Kemudian tekan lutut kaki kiri sehingga mencecah ke lantai. Secara automatik, tumit kanan akan menolak tulang punggung ke dalam. Ulangi cara tadi dengan kaki yang sebelah lagi. Selepas itu, duduk dengan kaki yang melunjur ke depan. Kedua-dua tangan menyentuh ibu jari kaki. Baca selawat sebanyak tiga kali. Kemudian baca serapah ini sambil tangan dilurutkan dari kaki hingga ke kepala.
Serapah itu berbunyi:"Ya Allah, Engkau baik pulih seluruh anggota tubuh badanku seperti sediakala teruna dan dara".

Petua ini elok diamalkan selepas "bersama" dengan suami atau pun jika rajin, buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.

Petua ini pernah saya berikan kepada seseorang dan telah pun keluar dalam salah satu rancangan TV tengah hari Jumaat, anjuran JAKIM.

Photobucket
Model: Zurina Amira Samsudin

13 comments:

Erna said...

salam teacher...bolih tak videokan..pergerakan tu..rasanya lebih mudah difahami olih orang2 muda ni..petua ni memang bagus..dulu pun saya dah tau petua ni..masa dok tanjong karang...

Teacher Rahila said...

salam erna, petua ini selain memulihkan anggota tubuh badan ia juga sesuai untuk menaikkan semula seri wajah dan dapat menjarakkan anak. akak rasa daripada pergerakkan gambar tu mudah je nak faham tak?

KUNTONG said...

Pn. Rahila :
Info yg baik . Tahniah. Semoga dipraktikkan oleh wanita wanita semua.

izakhairi said...

terima kasih teacher rahila di atas perkongsian tersebut...
sekarang ni tengah dok mempraktikkan untuk naik seri wajah dan nampak awet muda macam teacher...

azieazah said...

Salam kenal..

nice blog.. dan terimakasih berkongsi info tentang petua senaman tu...

(blog anda direkmen oleh suami anda MyBabah)

generasi clan said...

sy datang.. saya lelaki.. adakah sy perlu amalkan jugak..

sy juga menjemput agar tuan tanah hadir ke blog wordpress sy
http://akumenjerit.co.cc/

CIKGU ZAM said...

salam perkenalan buat cikgu,
saya mendapat jemputan daripada blog pasagan cikgu untuk bertamu ke blog yang mempunyai banyak ilmu ini dan setinngi penghargaan saya ucapkan di ats kesudian menjemput insan kerdil anak kampung di SSDL ini. Semoga kehadiran saya ke blog cikga dapat mematangkan hidup saya , InsyaAllah, WELCOME TO MY BLOG TOO. Thanksssss

Teacher Rahila said...

Salam Encik Kuntong. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Seperti Encik saya juga suka membaca novel. Kirim salam isteri.

Teacher Rahila said...

Salam Cikgu Iza. Eloklah amalkan senaman ini semasa masih muda lagi. Nampak izapun slim dan berseri. TQ.

Teacher Rahila said...

TQ Aziezah. Nanti singgah-singgahlah lagi. Saya juga akan mengunjungi blog Aziezah.

Teacher Rahila said...

Salam Clan. Lelaki pun boleh mengamalkan exercise ini kerana serapah itu termasuk untuk teruna dan dara. Orang muda-muda macam clan lagi bagus jika mengamalkannya. TQ.

Teacher Rahila said...

Salam Cikgu Zam. Mana ada insan kerdil dan insan besar. Manusia semua sama kecuali ketakwaan kepada Allah. Terima kasih kerana sudi menerima jemputan suami saya.

~aSHa~ said...

INFO yg bagus tuk perempuan...nk cuba la