CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 16, 2009

Percutian Jimat

Baru-baru kami sekeluarga seramai 9 orang (termasuk pembantu rumah) pergi bercuti ke Pulau Pangkor dan Taiping. Memandangkan awal tahun hadapan memerlukan perbelanjaan persekolahan yang besar, maka kami cuba mengurangkan perbelanjaan untuk percutian kali ini. Di Pulau Pangkor kami menyewa tiga buah bilik (berhawa dingin) di sebuah resort bernama Palma, Teluk Nipah. Resort ini amat selesa dihuni oleh 3-4 orang dalam sebilik. Harga yang dikenakan untuk tiga bilik yang kami sewa ialah RM380 (selepas diskaun) untuk dua (2) malam. Bagi kami, bilik seumpama ini amat berpatutan kerana percutian keluarga sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti bersama keluarga serta makan dan minum. Tempat tinggal adalah perkara kedua. Semasa di Pulau Pangkor, kami sempat membuat pelbagai aktiviti seperti snorkling, island hopping, sukan air (berkayak, jet ski dan banana ride) serta jungle tracking. Kami sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah seperti Batu Bersurat dan Kota Belanda.



No. Telefon Palma: 012-5302404

Nota: Bagi guru-guru yang ingin membawa murid-murid bercuti, anda boleh mendapatkan pakej istimewa untuk pelajar di Nipah Mas dengan disediakan tempat tinggal, makan minum dan pelbagai aktiviti riadah (No telefon: 017-5602849).

Di Taiping pula, kami menginap di sebuah rumah percutian (homestay) di Bandar Kamunting yang lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain. Rumah ini mengandungi tiga bilik (termasuk ruang tamu) dengan bilik utama berhawa dingin. Harga sewaannya pula amat berpatutan, iaitu RM60 semalam. Di sini kami menginap selama dua (2) malam. Banyak aktiviti pelancong terdapat di sini seperti kawasan perangin Bukit Larut, Zoo dan "Night Safari" dan Bukit Merah Laketown (hanya 15 minit perjalanan).






Saya sangat berpuas hati dengan percutian keluarga pada kali ini meskipun tidak tinggal di hotel mewah. Lebih penting daripada itu, masa berkualiti bersama keluarga dapat dimanfaatkan sepenuhnya selama empat (4) hari dengan bajet keseluruhan yang begitu rendah sekali.

Sesiapa yang masih belum bercuti bersama keluarga masa masih ada untuk berbuat demikian dan anda boleh mengikut jejak kami...

10 comments:

azieazah said...

Salam RAHILA..

betul tu. Konsep percutian keluarga, yg penting bersama keluarga, bergembira dan membuat xtvt bersama..

Bagi saya lebih jima jika menginap di homestay, selain murah juga lebih selesa.

Saya belum pernah ke Pangkor (setakat sampai Teluk Batik jer), dan Taiping tu kalu saya pegi bercuti dah macam balik kampung plak. Dekat dengan kampung saya. Masa sekolah dulu, selalu gak ler lepak bandar Taiping ni..

thanks info dan no tefon. Saya simpan.

selUsur duniA INDAh said...

salam

besT DApat bercUTi

sY HraP Sy dPT RASa peluANG BERCUti

dgN KELuarGA

HUhu

:D

cemomoi said...

menarik tuu.. info yg baik. hajat dah lama tak pegi tapi tak tau bila nak kesamapaian

Teacher Rahila said...

Terima kasih Aziezah, Selusur dan Cemomoi.

ashley said...

salam kenal,
saya ni orang semanggol...
hanya 5km sahaja dari bukit merah..
11 km dari bandar taiping
he he he
stay kat rumah mak..
FOC!!
smileeee...

ashley said...

kat pangkor aritu pun, kami tidur di situ..
trip family day..
ofis suami.

Teacher Rahila said...

Salam Ashley. Nanti jika kami ke Taiping lagi boleh tumpang rumah mak awak tak? Lagi jimat belanja. He..he..

ZaHusNa Collections said...

Memanglah kalau cuti cara ni jimat belanja...kita dah biasa bercuti dok kat tempat murah2 ni...sbb kalau dok hotel selesa sangat alamat memerap dalam bilik jer lah...
Kita dah pernah beberapa kali bawa murid SEMI ke sini dan diorang memang seronok...

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Risfy Hidayah Wisata said...

Salam puan dan tuan
Kami mohon izin promotion
Kami salah satu agency pelancongan kat bukittinggi,padang,west sumatera,indonesia.yang sudah mempunyai legalitas yang sah,yaitu PT.risfy hidayah wisata tour& travel.
Kami menawarkan pakej percutian untuk ke bukittinggi dan padang.bagi tuan dan puan yang yang nak bercuti.kami boleh bantu uruskan.
Untuk detail information
Sila contac me di talian
Phone /WA : +6282169960060(edward ardy)
+6285274378400 (ady)
Email me. : hidayahtourbkt@yahoo.com
Detail information sila tengok di
www.rhwtraveling.com

Terima kasih
Wassalam

Edward ardy