CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 6, 2009

Petua Mengempiskan Perut

Sebiji epal hijau dikisar dengan kulit sekali bersama-sama segelas air. Sebelum dikisar, epal tersebut hanya dibuang empulur (bahagian keras dalam buah epal) dan bijinya. Minum air epal yang bersari ini setiap pagi, selepas sarapan pagi (kudapan) dan malam, sebelum tidur.



Amalkan petua ini sehingga anda dapat merasakan perut anda semakin menyusut. Senaman ringan seperti "sit-up" dapat membantu mempercepat proses pengempisan dan perampingan tubuh anda. Selain dapat menguruskan badan, dengan meminum epal hijau ini, anda juga dapat membuang toksik di dalam tubuh anda.

6 comments:

Mybabah said...

Salam yang...Testing!

Erna said...

salam cik gu...

terima kasih.banyak nya petua..patut cik gu nampak muda aje...akak pun nak cuba le cik gu..nak kempiskan perut..apel hijau aje ke...apel hijau kan masam sikit.takut tak tahan untuk akak yang ade gastrik ni..

lupekanje said...

salam Teacher Rahila, acikpun nak cober...perut udah boroi amat nih...hehhe
tq

Teacher Rahila said...

Salam Erna. Minum air epal selepas sarapan pagi dan makan malam. Apabila perut berisi, jus gestrik insya-Allah tak akan keluar. Akak kalau tak sempat kisar,kisar dengan gigi je (kunyah). Kalau nak beli epal murah, di pasar chow kit, iaitu satu kotak (200 biji) RM65.00. Selamat mencuba.

Teacher Rahila said...

Salam lupekanje. Cubalah. Tapi jangan lupa "sit-up"pun kena buat juga. Terima kasih atas kunjungan.

um. masyitah said...

Salam Teacher
wah petua yang menarik nih