CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 16, 2009

PETUA AWET MUDA


Zaman sekarang ini ramai orang beralih kepada penjagaan diri yang mudah dan cepat. Mudah kelihatan lebih muda dan mahu cepat pula cantik susuk badan. Maka tanpa pertimbangan waras, ada yang sanggup menggunakan kaedah yang memudaratkan dan terbukti dari segi saintifik boleh memberi kesan buruk jangka panjang, antaranya ialah penggunaan botox, krim pemutih muka yang mengandungi bahan kimia berbahaya, ubat kurus badan yang kononnya mampu mengurangkan berat badan dalam masa beberapa hari dan lain-lain lagi. Kepada golongan ini, kos yang tinggi bukanlah menjadi masalah yang besar. Yang penting bagi mereka mudah dan cepat. Pada hakikatnya, kalau diperhatikan kesan penggunaan bahan sedemikian hanya bertahan sebentar sahaja. Jika muka si pengguna licin selepas menggunakan botox, untuk tempoh tertentu muka mereka akan kembali ke asalnya atau lebih teruk daripada itu. Si pengguna yang kurus badannya selepas menggunakan ubat-ubatan penghakis usus, akan kembali gemuk dan terus bertambah gemuk selepas beberapa bulan sahaja berhenti menggunakan ubat tersebut.

Sebenarnya, penjagaan wajah dan susuk badan supaya kekal muda dan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi perlu sedikit pengetahuan dan mengamalkannya secara konsisten dan berterusan. Di bawah ini saya turunkan beberapa amalan dan petua awet muda dan kecantikan turun temurun untuk dikongsi bersama.


Amalan Rohani
1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk memancarkan cahaya iman di muka;
2 Hidup hendaklahlah sentiasa ceria. Orang yang resah jiwanya akan pudar;
3. Hati mesti bersih supaya wajah turut bersih;
4. Jangan terlalu cemburu kerana cemburu adalah ramuan penting awet tua;
5. Berdoa kepada Allah supaya dicampak rasa senang orang lain kepada kita.

Amalan Jasmani
1. Amalkan meminum air kosong sebelum bersugi pada waktu pagi;
2. Perbanyak meminum air kosong setiap hari;
3. Buat senaman ringan dengan membuat regangan otot yang ringkas;
4. Sentiasa tersenyum dan kerapkan ketawa (senaman muka);
5. Banyak berjalan;

Amalan Pemakanan
1. Jangan mengambil makanan melebihi setengah hidangan pada setiap kali makan;
2. Kurangkan makanan berkanji, seperti nasi; dan
3. Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan.

Esok saya akan sambung pula amalan dan petua-petua tradisional menjaga wajah dan tubuh badan Tunggu...

Krim pemutih kulit punca saraf lemah

PARIS: Sekumpulan doktor Britain mengeluarkan amaran bahaya kesan penggunaan krim pemutih kulit selepas seorang wanita jatuh sakit menggunakan produk mengandungi sejenis steroid.

Mangsa yang mengalami masalah berat badan berlebihan, turut memiliki kulit muka yang tipis dan lebam. Bukan setakat itu, beliau juga mengalami masalah urat sarat yang lemah, lapor edisi terbaru jurnal perubatan Britain.

Wanita itu juga cuba untuk hamil sejak 18 bulan lalu biarpun pusingan haidnya sememangnya teratur.


Doktor percaya beliau mengalami masalah dikenali sebagai sindrom cushing yang berpunca daripada masalah pada kelenjar badan.

Namun, setakat ini hasil ujian darahnya tidak menunjukkan tanda kehadiran dua hormon berlebihan yang lazimnya menjadi petunjuk jelas sindrom berkenaan.

Selepas pemeriksaan lanjut, wanita itu akhirnya mengakui menggunakan sejenis krim pemutih kulit sejak tujuh tahun lalu yang dibeli di sebuah kedai yang tiada kebenaran menjual produk itu.

Krim itu dikesan mengandungi steroid clobetasol - bahan yang lazimnya digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Mangsa menggunakan dua tiub seberat 60 gram setiap satu setiap minggu.

Berikutan itu, pakar perubatan Hospital Hammersmith, London, menggesa pegawai perubatan supaya membuat amaran berhubung risiko bahaya krim pemutih kulit.

“Pasaran krim sedemikian bernilai jutaan pound sterling setahun. Krim itu mengandungi bahan toksik seperti steroid dan hydroxyquinone. Ramai pesakit yang tidak menyedari risiko berkenaan,” kata pakar perubatan, Dr Tricia Tan.

Seorang lagi pakar yang terbabit, Dr Tony Goldstone berkata, ramai pesakit enggan mengakui tindakan mereka menggunakan krim pemutih, apalagi jika memperolehnya secara haram.

Beliau mengingatkan mereka yang menggunakan krim itu tidak harus berhenti menggunakannya secara mengejut kerana tubuh mereka tidak lagi menghasilkan hormon mencukupi yang selama ini diperoleh daripada krim berkenaan, khususnya yang mempunyai dos tinggi.

“Pengguna krim pemutih itu perlu mendapatkan nasihat doktor yang merujuk mereka kepada pakar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Dermatologi Britain, Dr Olivia Stevenson, berkata pengguna boleh menghidap sindrom cushing itu jika menggunakan krim itu dalam jumlah yang banyak hingga bahan itu menyerap ke dalam badan dan menimbulkan gejala sedemikian. - Agensi



Rujukan: http://www.bharian.com.my

5 comments:

abu muaz said...

Salam cikgu> Zaman sekarang semuanya main nak cepat. Semua amalan amalan baik orang orang tua kita sudah mulai ditinggalkan.

cemomoi said...

ala org tua-tua kita banyak ilmu tapi tak turunkan... terpaksa la kita pinjam dari omputih... org dulu-dulu keja kuat senaman pon hebat2 tapi takde rekod abih gitu je la ilmu warisan bangsa

juk said...

Salam Puan,

Jemputlah ke blog saya pula. Tima kacih byk2, k?

sir zuki is here

zukidin.blogspot.com

arnamee said...

Salam:)

thnks sharing^_@

Teacher Rahila said...

TQ pengunjung-pengunjung di atas. Insya-Allah saya akan datang ziarah blog anda semua. Skrg tengah sibuk marking papers anak-anak murid.