Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang nenek urut semasa saya menuntut di ITM, Shah Alam, tahun 1986 akibat terjatuh dari tangga di dewan makan Cempaka. Petua yang sama diulang oleh nenek berkenaan semasa mengurut saya selepas melahirkan anak sulung pada tahun 1988. Petua ini saya amalkan sehingga ke hari ini.
Petuanya ialah:
Duduk dengan tumit kanan dihimpit oleh tulang punggung kaki kiri dan naikkan kaki kiri ke atas peha kanan. Kemudian tekan lutut kaki kiri sehingga mencecah ke lantai. Secara automatik, tumit kanan akan menolak tulang punggung ke dalam. Ulangi cara tadi dengan kaki yang sebelah lagi. Selepas itu, duduk dengan kaki yang melunjur ke depan. Kedua-dua tangan menyentuh ibu jari kaki. Baca selawat sebanyak tiga kali. Kemudian baca serapah ini sambil tangan dilurutkan dari kaki hingga ke kepala.
Serapah itu berbunyi:"Ya Allah, Engkau baik pulih seluruh anggota tubuh badanku seperti sediakala teruna dan dara".
Petua ini elok diamalkan selepas "bersama" dengan suami atau pun jika rajin, buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.
Petua ini pernah saya berikan kepada seseorang dan telah pun keluar dalam salah satu rancangan TV tengah hari Jumaat, anjuran JAKIM.
Model: Zurina Amira Samsudin