CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 31, 2010

Hilangkan Jeragat di Muka


Kunyit

Kaedah:
Cuci beras dan rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk beras tersebut bersama beberapa butir kunyit. Lepas itu, bancuh dengan air limau nipis dan masukkan putih telur. Gaul kesemuanya supaya sebati. Setelah siap, sapukan bancuhan tersebut ke muka sehingga rata. Biarkan sapuan itu kering. Selepas sapuan benar-benar kering, barulah dibilas dengan air suam. Amalkan petua ini setiap malam, Insya-Allah jeragat akan hilang sedikit demi sedikit.

Ramuan:

Beras, kunyit, limau nipis, putih telur dan air suam.



Sapukan ramuan ke seluruh muka kecuali mata


Kemudian, bilas dengan air suam

Friday, January 8, 2010

Petua Menaikkan Seri Wajah...



Di bawah ini saya turun satu petua untuk menaikkan seri wajah. Petua ini juga digunakan oleh ramai orang untuk membuang bisa-bisa di badan. Petua ini saya peroleh daripada seorang bidan kampung. Setelah mengamalkannya, saya dapati kesan mengamalkan petua ini amatlah meyakinkan, alhamdulillah.

Bahan-bahan:
1. Bunga-bungaan wangi yang bersari seperti bunga ros, bunga cina, bunga kenanga dan lain-lain. Ingat, tidak semua bunga boleh dibuat mandi, malah boleh mendatangkan mudarat dan ada juga yang tidak mempunyai zat apa-apa. 2. Limau nipis atau limau purut atau limau kasturi. 3. Air zam-zam atau air mineral atau air paip.

Cara-cara:
1. Bunga ditanggalkan kelopak (hanya kelopak digunakan). 2. Limau dihiris nipis. 3. Masukkan limau dan bunga ke dalam mangkuk yang berisi air dan diramas sehingga sebati. 4. Sambil meramas bunga, baca Surah Al-Fatihah, potongan ayat daripada Surah An-Nur (dari Allahu nurus sama wa tiwal ard......nurrun 'alan nur) dan baca salawat ke atas Nabi s.a.w. 5. Selepas bunga dan air sebati, mulakan pemandian. Bilas badan dengan air biasa terlebih dahulu sebelum mengakhiri pemandian dengan siraman air bercampur bunga dan limau. Selesai mandi, tubuh jangan dilap (jangan dikeringkan). Biarkan ia kering di badan. 6. Waktu yang paling afdal untuk mandi ialah apabila matahari tegak di kepala dan semasa tergelincir matahari. Lakukan pemandian sebanyak 2 kali sehari.

Selamat mencuba dan bertawakallah kepada Allah.

Sekian.