CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 8, 2010

Petua Menaikkan Seri Wajah...



Di bawah ini saya turun satu petua untuk menaikkan seri wajah. Petua ini juga digunakan oleh ramai orang untuk membuang bisa-bisa di badan. Petua ini saya peroleh daripada seorang bidan kampung. Setelah mengamalkannya, saya dapati kesan mengamalkan petua ini amatlah meyakinkan, alhamdulillah.

Bahan-bahan:
1. Bunga-bungaan wangi yang bersari seperti bunga ros, bunga cina, bunga kenanga dan lain-lain. Ingat, tidak semua bunga boleh dibuat mandi, malah boleh mendatangkan mudarat dan ada juga yang tidak mempunyai zat apa-apa. 2. Limau nipis atau limau purut atau limau kasturi. 3. Air zam-zam atau air mineral atau air paip.

Cara-cara:
1. Bunga ditanggalkan kelopak (hanya kelopak digunakan). 2. Limau dihiris nipis. 3. Masukkan limau dan bunga ke dalam mangkuk yang berisi air dan diramas sehingga sebati. 4. Sambil meramas bunga, baca Surah Al-Fatihah, potongan ayat daripada Surah An-Nur (dari Allahu nurus sama wa tiwal ard......nurrun 'alan nur) dan baca salawat ke atas Nabi s.a.w. 5. Selepas bunga dan air sebati, mulakan pemandian. Bilas badan dengan air biasa terlebih dahulu sebelum mengakhiri pemandian dengan siraman air bercampur bunga dan limau. Selesai mandi, tubuh jangan dilap (jangan dikeringkan). Biarkan ia kering di badan. 6. Waktu yang paling afdal untuk mandi ialah apabila matahari tegak di kepala dan semasa tergelincir matahari. Lakukan pemandian sebanyak 2 kali sehari.

Selamat mencuba dan bertawakallah kepada Allah.

Sekian.

14 comments:

umi_e said...

salam... thanks for sharing...

Teacher Rahila said...

Salam Umi-e. Sama-sama.

cik selamah kundang said...

patut try nih

Teacher Rahila said...

Cik Selamah. Sebenarnya mandi bunga seperti telah diamalkan sejak dahulu oleh puteri-puteri raja. Kita hanya apply dan selitkan elemen agama supaya mendapat keberkatan daripada Allah.

azieazah said...

Nak petik bunga, susah nak cari kat rumah flat. Kena pegi pasar cari bunga ni.

Tapi best kan, mesti wangi semerbak jerrrr..

Teacher Rahila said...

Salam Azie. Azie boleh dptkan di kedai jual bunya segar. Minta yang telah jatuh dari tangkai. Dapat murah berbanding jika beli sekuntum-sekuntum. Atau pergi rumah kawan-kawan yang ada tanam ros. Mintalah baik-baik.

Teacher Rahila said...

Salam Azie. Azie boleh dptkan di kedai jual bunya segar. Minta yang telah jatuh dari tangkai. Dapat murah berbanding jika beli sekuntum-sekuntum. Atau pergi rumah kawan-kawan yang ada tanam ros. Mintalah baik-baik.

Cikgu Aini said...

Terima Kasih... Saya turut berminat. menarik....

Cikgu Zam said...

salam,
klu untuk lelaki<<<<????????? (",)

Teacher Rahila said...

Salam Puteri. Cuba sekali, mesti nak selalu...

Teacher Rahila said...

Salam Cikgu Zam. Lelaki pun boleh. Suami saya pun selalu mandi bunga...

Azian Nd said...

Salam...satu petua yang bagus.

Anonymous said...

salam, teacher ni orang mana, nampak macam familiar sangat. Orang Temerloh, Pekan @ mana?

albab said...

Salam Cikgu,
Yang mana satu bunga dan yang mana satu kelopak?