CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 20, 2009

Petua Menghilangkan Bau Badan

Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang kawan 15 tahun yang lalu. Menurut beliau, di kampungnya di Indonesia ada seorang wanita diceraikan suami akibat bau badan yang tidak menyenangkan. Sehingga jika beliau berada di dalam sesebuah bilik, bau badannya memenuhi ruangan bilik tersebut. Alhamdulillah, setelah mengamalkan petua ini, beliau dapat bergaul seperti biasa dan bertemu jodoh kembali.


Kaedah:
Lima helai daun sirih direbus dalam lima gelas air sehingga kuantiti air itu menjadi lebih kurang tiga gelas. Minum air tersebut dalam anggaran tiga suku cawan sebanyak tiga kali sehari sehingga hilang bau badan, Insya-Allah.

Selain itu, petua ini juga boleh diamalkan untuk menjarangkan anak bagi orang perempuan, iaitu dengan cara meminum air rebusan sirih ini tiga hari sebelum datang bulan. Dengan meminum air sirih ini, ia juga boleh membersihkan kotoran dalam rahim.
Rebusan air sirih ini juga boleh digunakan untuk mencuci alat feminin (faham-fahamlah ye).

Thursday, December 17, 2009

Tip Maal Hijrah

Lebihkan beramal daripada berbual

Lebihkan membina daripada menghina

Lebihkan membentuk daripada mengutuk

Lebihkan bertoleransi daripada berkonfrantasi

Lebihkan mendidik daripada mengherdik

Cenderung berubah sikap daripada banyak bercakap

Lebih berwatak Dai' daripada berwatak mufti




Wednesday, December 16, 2009

Percutian Jimat

Baru-baru kami sekeluarga seramai 9 orang (termasuk pembantu rumah) pergi bercuti ke Pulau Pangkor dan Taiping. Memandangkan awal tahun hadapan memerlukan perbelanjaan persekolahan yang besar, maka kami cuba mengurangkan perbelanjaan untuk percutian kali ini. Di Pulau Pangkor kami menyewa tiga buah bilik (berhawa dingin) di sebuah resort bernama Palma, Teluk Nipah. Resort ini amat selesa dihuni oleh 3-4 orang dalam sebilik. Harga yang dikenakan untuk tiga bilik yang kami sewa ialah RM380 (selepas diskaun) untuk dua (2) malam. Bagi kami, bilik seumpama ini amat berpatutan kerana percutian keluarga sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti bersama keluarga serta makan dan minum. Tempat tinggal adalah perkara kedua. Semasa di Pulau Pangkor, kami sempat membuat pelbagai aktiviti seperti snorkling, island hopping, sukan air (berkayak, jet ski dan banana ride) serta jungle tracking. Kami sempat juga melawat tempat-tempat bersejarah seperti Batu Bersurat dan Kota Belanda.



No. Telefon Palma: 012-5302404

Nota: Bagi guru-guru yang ingin membawa murid-murid bercuti, anda boleh mendapatkan pakej istimewa untuk pelajar di Nipah Mas dengan disediakan tempat tinggal, makan minum dan pelbagai aktiviti riadah (No telefon: 017-5602849).

Di Taiping pula, kami menginap di sebuah rumah percutian (homestay) di Bandar Kamunting yang lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain. Rumah ini mengandungi tiga bilik (termasuk ruang tamu) dengan bilik utama berhawa dingin. Harga sewaannya pula amat berpatutan, iaitu RM60 semalam. Di sini kami menginap selama dua (2) malam. Banyak aktiviti pelancong terdapat di sini seperti kawasan perangin Bukit Larut, Zoo dan "Night Safari" dan Bukit Merah Laketown (hanya 15 minit perjalanan).






Saya sangat berpuas hati dengan percutian keluarga pada kali ini meskipun tidak tinggal di hotel mewah. Lebih penting daripada itu, masa berkualiti bersama keluarga dapat dimanfaatkan sepenuhnya selama empat (4) hari dengan bajet keseluruhan yang begitu rendah sekali.

Sesiapa yang masih belum bercuti bersama keluarga masa masih ada untuk berbuat demikian dan anda boleh mengikut jejak kami...

Saturday, December 12, 2009

Petua untuk Orang Perempuan Sahaja...

Petua ini diberikan kepada saya oleh seorang nenek urut semasa saya menuntut di ITM, Shah Alam, tahun 1986 akibat terjatuh dari tangga di dewan makan Cempaka. Petua yang sama diulang oleh nenek berkenaan semasa mengurut saya selepas melahirkan anak sulung pada tahun 1988. Petua ini saya amalkan sehingga ke hari ini.

Petuanya ialah:
Duduk dengan tumit kanan dihimpit oleh tulang punggung kaki kiri dan naikkan kaki kiri ke atas peha kanan. Kemudian tekan lutut kaki kiri sehingga mencecah ke lantai. Secara automatik, tumit kanan akan menolak tulang punggung ke dalam. Ulangi cara tadi dengan kaki yang sebelah lagi. Selepas itu, duduk dengan kaki yang melunjur ke depan. Kedua-dua tangan menyentuh ibu jari kaki. Baca selawat sebanyak tiga kali. Kemudian baca serapah ini sambil tangan dilurutkan dari kaki hingga ke kepala.
Serapah itu berbunyi:"Ya Allah, Engkau baik pulih seluruh anggota tubuh badanku seperti sediakala teruna dan dara".

Petua ini elok diamalkan selepas "bersama" dengan suami atau pun jika rajin, buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.

Petua ini pernah saya berikan kepada seseorang dan telah pun keluar dalam salah satu rancangan TV tengah hari Jumaat, anjuran JAKIM.

Photobucket
Model: Zurina Amira Samsudin

Friday, December 11, 2009

Percutian Di Pulau Pangkor








Wednesday, December 9, 2009

Doa Ketika Hujan Lebat

Doa ini diajar oleh kakak saya Siti Hajar Mohd Yasin ketika kami terperangkap dalam hujan lebat semasa perkahwinan anak saudara kami.



Doanya berbunyi:

"Allahumma syai'eban nafii'a"
mafhumnya
"Ya Allah, berikan aku manfaat dengan turunnya hujan ini"

Setelah itu, bacalah apa sahaja doa yang dikehendaki sama ada untuk dunia atau akhirat.

Sunday, December 6, 2009

Petua Mengempiskan Perut

Sebiji epal hijau dikisar dengan kulit sekali bersama-sama segelas air. Sebelum dikisar, epal tersebut hanya dibuang empulur (bahagian keras dalam buah epal) dan bijinya. Minum air epal yang bersari ini setiap pagi, selepas sarapan pagi (kudapan) dan malam, sebelum tidur.



Amalkan petua ini sehingga anda dapat merasakan perut anda semakin menyusut. Senaman ringan seperti "sit-up" dapat membantu mempercepat proses pengempisan dan perampingan tubuh anda. Selain dapat menguruskan badan, dengan meminum epal hijau ini, anda juga dapat membuang toksik di dalam tubuh anda.

Saturday, December 5, 2009

Petua Hilangkan Jeragat

Cuci beras bersama kunyit dan dikisar bersama limau nipis dan putih telur. Kemudian sapukan ramuan tersebut ke muka anda dengan rata. Setelah pasti sapuan kering sepenuhnya, bilas muka dengan air suam.

Sebelum itu, jangan lupa berselawat sebanyak tiga kali dan berdoa dalam hati supaya jeragat di muka kita dapat dihilangkan. Kita hanya mampu berusaha, ALlah jua yang memperkenan.